Friday, September 13, 2013

Bravely facing another tune











Bismillah

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di tempat yang dah berpuaka ni. Maaflah, taktahu dah nak tulis apa hahaha but to be honest banyak sangat ilmu yang nak dikongsikan. Pause sekejap yang tu. Oh and alhamdulillah, balik rumah dah hahha, next week balik lagi ada appointment :P Macam-macam perasaan bercampur sekarang aku seolah-olah lifeless. Good news, last week jumpa Hasib dekat Convention Centre KLCC dengar talk about Pelan Pembangunan Pendidikan which was actually worth it. Elok-elok Aku sapa dia dengan ekspresi wajah yang teruja boleh dia balas dengan pandangan pelik dari atas sampai bawah. Haha, cakap macam dah 7 tahun kenal. Two days later ke Pusat Sains Negara pulak dengar talks on Polymer. Eh eh, Sungai Pusu ada hahhaha. Sains Tulen je but alhamdulillah, masih lagi diberi peluang mengekalkan ukhwah dengan cara lain. Maaf Aku sombong, dalam hati dah hantuk-hantuk kepala dekat dinding marah diri sendiri sebab tak memanfaatkan coincidence. Takpelah, tahniah untuk team Paintball Lelaki under 18 and team Perempuan Under 15 SMK Sungai Pusu! Sambungkan perjuangan Tarantula walaupun ahli asalnya tinggal seorang sahaja dekat sana :)





Okay beralih kepada BAD NEWS





Nak cerita satu-satu leceh. Lepas satu-satu datang bergolek. Merungut, buntu, tu adalah tapi Aku belum berputus asa. Oops, takkan berputus asa to be exact. Ingatkan, balik rumah ni dapatlah berita gembira ke apa rupanaya hmmm. Aku dah lali dah. Hidup lagi rupanya manusia yang tidak berani untuk berdepan dengan Aku kerana tidak menyenangi Aku, ingatkan pupus dah species ni. Terkejut arnab Aku bukak Inbox, sudahlah pakai nama samaran. Aku kecewa dengan manusia yang bersikap macam ni. Tak puas hati, buat fake acc, add then hantar IM nak tunjuk kebencian dengan cara merepek melalut menggunakan bahasa yang kurang sopan, takut, terus block. Aku kecewa sebab instead of hating to the face dia pakai alternatif lain yang buruk padahnya. Bukankah laman sosial itu sepatutnya dijadikan medium berdakwah, medan untuk berkongsi ilmu dan menambah kenalan? Mengapa harus ada yang mengambil kesempatan untuk menyalah gunakannya dan buat kerja kotor macam ni? Mengapa tidak difikirkan dahulu semasak-masaknya tindakan yang bakal diambil? Bukankah berlaku jujur itu perbuatan yang mulia? Sekiranya engkau tahu betapa mulia orang yang jujur di sisi Allah tentu engkau tidak mengambil tindakan terburu-buru macam ini. Inilah manusia sekarang,
TAKUT KERANA SALAH


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya)"
"Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Takwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan ke dadanya). Sudah cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam"




Aku pun, . . .




HAI ANONYMOUS
Tidak, Aku tidak marah terhadap engkau. Sebaliknya, aku mengalu-alukan engkau memberikan Aku penjelasan dengan jujur kerana Aku dalam keadaan keliru dengan tindakan engkau. Bukan maksud Aku menuduh engkau pengecut atau menggunakan kata-kata kesat, Aku hanya mahu melahirkan rasa kecewa Aku yang amat sangat terhadap engkau kerana tindakan melulu engkau.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan ini, bukakan dan lembutkan hati semua
pihak dengan petunjuk, lapangkan dada mereka dengan Iman, ampunilah dosa
kami, jauhkan kami daripada sifat mazmumah, lindungilah kami daripada
melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan-Mu walaupun
sekecil zarah. Sesungguhnya Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Dan Engkau Maha Teliti dan tidak lengah dalam memberi balasan
Amin Ya Rabb"

Chemistry, PAI, Biology dan Add-Math on the way!
Fi Hifzillah readers :)