Saturday, January 12, 2013

And all these sliding doors we haven't explored





Assalamualaikum!

Sekolah sudah bermula bagi aku and semua underaged hahha. Daripada Sains Tulen, aku beralih arah kepada Sains Teknikal :) Tiba-tiba hati terbang ke sana. Malangnya, kalau aku tahu aku nak ambil aliran Sains Teknikal, dah lama aku book tempat untuk ke Kolej Vokasional. Hmmm, adalah hikmah kenapa semua tu jadi. For now dah 3 orang Bestarians yang lari daripada aku, macam aku tak kasi kasih sayang yang mencukupi je huh. Farewell to Afiah Jumat, Sofea Najwa and Akmal Rizal! Moga-moga rezeki anda murah di sana and harap panjang umur dapat bejumpa lagi! Tinggl Ayong, Nassuha and Dalila sahaja yang masih berbelah bagi, sayang sangat dekat aku hahah . To to three of you, moga-moga Allah memberi petunjuk untuk you guys, tapi kalau pindah jangan lupa aku di sini! Kerja sekolah? Dah mula menangguh dah hahah. Susah kalau first week sekolah takde kalkulator, especially bila kita ni dah tingkatan 4. No play play anymore. Bahaya betul kalau skip class nanti, takut tak dapat catch up balik

Minggu depan cikgu dah panggil balik untuk bola baling, kalau rezeki murah cikgu panggil juga untuk bola tampar, hoki and sofbol. Tamak halobakah aku ni? Yang tersalah anggap, maaf aku bukan nak rembat satu tempat dalam semua team sekolah. Tapi, aku memang jenis nak cuba semua benda. Takpelah rasanya eloklah aku lepaskan 2-3, asalkan dapat masuk memanah! Kata Afifah pulak, kalau nak masuk memanah aku kene let go yang lain. Sebab memanah ni kene focus, jauh berbeza dengan aku yang juggle macam-macam dalam satu masa. We'll see how thing turn out then. Paintball lambat lagi lain cerita laaa hahah

Speaking of sukan, Sungai Pusu ada rumah sukan baru. Sukses! Lawa baju purple dia hahah. Disebabkan nak adil rumah sukan semua orang dirombak yang mengakibatkan ramai pelajar sekolah tak puas hati, terutamanya AKU. Alhamdulillah aku dengan Nawariah masih dapat berkhidmat untuk Sukom, tapi orang kuat yang lain dah dibawak lari. Kebetulan pulak tu yang kuat-kuat batch aku majority masuk Sukma and Sukses. Of courselah mereka ni bersemangat sikit nak kalahkan Sukom tahun ni, eloklah tu kan. Asalkan Olahragawati 2012 tak betukar tangan. Apakan daya, siapa nak dengar rintihan aku T.T Dengar cerita pulak, rumah sukan nak rombak balik? Please rewind back to normal

Penat aku membebel, buruk betul perangai. Result SBP and MRSM keluar tak lama lagi, semua benda cepat tahun ni. Ya Allah, mintak-mintaklah aku dapat STF ke SMSS ke mana-mana sekalipun, tak lupa juga kepada batch aku yang nak lari dari sekolah. Save a spot for all of my friends in a new environment and Jannah. All of the precious things in life, sweet or sour happened because of you Ya Razzaq Ya Muqtadir. Tak puas hati aku pun, I'll try to accept reality as it is

May things work out great for all of us!




Tuesday, January 1, 2013

Twenty Thirteen





Assalamualaikun

Selamat Tahun Baru semua! Alhamdulillah we're all still breathing in 2013. Things will be different from now on. Aku dah kira senior hahha. Budak petang naik pagi. Nanti banyak muka form 4 hilang, then ada pulak muka form 4 baru. Aku pun dah selamat masuk kelas 4 Ibnu Majjah mengambil science stream as what Kak Sarah Ramora would say it "Welcome to Hell". Haha. I hope I get along with my new classmates since kelas tu mesti berpuak-puak nanti. Aku cemburu sebenarnya bila dapat tahu some of my schoolmates dah study subjek tingkatan 4 dulu. Takpelah, I'd prefer to spend my holidays away from all those books while it lasts. Too bad it already lasted. Esok first day sekolah dan Aku nekad untuk makan Maggi buat kali terakhir. Walaupun esok first day of school, lagak Aku macam budak habis SPM

Banyak benda yang Aku nak capai tahun ni. Kalau nak listkan panjang sangat. Yang penting tahun ni, Aku mesti sentiasa berusaha perbaiki kekurangan Aku. For now, doakan Aku dapat petunjuk sebab hati berbelah bagi nak pindah ke tidak. 


3 Bestari, even if you guys cakap kita takkan berpisah, Aku yakin sedikit demi 
sedikit masa akan memisahkan kita. Takpelah. Biar jauh di mata, asalkan dekat di hati :)

Selamat Jadi Tua Hafiy Radzi! May Allah bless you
Have a great day tomorrow everyone!