Saturday, January 12, 2013

And all these sliding doors we haven't explored





Assalamualaikum!

Sekolah sudah bermula bagi aku and semua underaged hahha. Daripada Sains Tulen, aku beralih arah kepada Sains Teknikal :) Tiba-tiba hati terbang ke sana. Malangnya, kalau aku tahu aku nak ambil aliran Sains Teknikal, dah lama aku book tempat untuk ke Kolej Vokasional. Hmmm, adalah hikmah kenapa semua tu jadi. For now dah 3 orang Bestarians yang lari daripada aku, macam aku tak kasi kasih sayang yang mencukupi je huh. Farewell to Afiah Jumat, Sofea Najwa and Akmal Rizal! Moga-moga rezeki anda murah di sana and harap panjang umur dapat bejumpa lagi! Tinggl Ayong, Nassuha and Dalila sahaja yang masih berbelah bagi, sayang sangat dekat aku hahah . To to three of you, moga-moga Allah memberi petunjuk untuk you guys, tapi kalau pindah jangan lupa aku di sini! Kerja sekolah? Dah mula menangguh dah hahah. Susah kalau first week sekolah takde kalkulator, especially bila kita ni dah tingkatan 4. No play play anymore. Bahaya betul kalau skip class nanti, takut tak dapat catch up balik

Minggu depan cikgu dah panggil balik untuk bola baling, kalau rezeki murah cikgu panggil juga untuk bola tampar, hoki and sofbol. Tamak halobakah aku ni? Yang tersalah anggap, maaf aku bukan nak rembat satu tempat dalam semua team sekolah. Tapi, aku memang jenis nak cuba semua benda. Takpelah rasanya eloklah aku lepaskan 2-3, asalkan dapat masuk memanah! Kata Afifah pulak, kalau nak masuk memanah aku kene let go yang lain. Sebab memanah ni kene focus, jauh berbeza dengan aku yang juggle macam-macam dalam satu masa. We'll see how thing turn out then. Paintball lambat lagi lain cerita laaa hahah

Speaking of sukan, Sungai Pusu ada rumah sukan baru. Sukses! Lawa baju purple dia hahah. Disebabkan nak adil rumah sukan semua orang dirombak yang mengakibatkan ramai pelajar sekolah tak puas hati, terutamanya AKU. Alhamdulillah aku dengan Nawariah masih dapat berkhidmat untuk Sukom, tapi orang kuat yang lain dah dibawak lari. Kebetulan pulak tu yang kuat-kuat batch aku majority masuk Sukma and Sukses. Of courselah mereka ni bersemangat sikit nak kalahkan Sukom tahun ni, eloklah tu kan. Asalkan Olahragawati 2012 tak betukar tangan. Apakan daya, siapa nak dengar rintihan aku T.T Dengar cerita pulak, rumah sukan nak rombak balik? Please rewind back to normal

Penat aku membebel, buruk betul perangai. Result SBP and MRSM keluar tak lama lagi, semua benda cepat tahun ni. Ya Allah, mintak-mintaklah aku dapat STF ke SMSS ke mana-mana sekalipun, tak lupa juga kepada batch aku yang nak lari dari sekolah. Save a spot for all of my friends in a new environment and Jannah. All of the precious things in life, sweet or sour happened because of you Ya Razzaq Ya Muqtadir. Tak puas hati aku pun, I'll try to accept reality as it is

May things work out great for all of us!




Tuesday, January 1, 2013

Twenty Thirteen





Assalamualaikun

Selamat Tahun Baru semua! Alhamdulillah we're all still breathing in 2013. Things will be different from now on. Aku dah kira senior hahha. Budak petang naik pagi. Nanti banyak muka form 4 hilang, then ada pulak muka form 4 baru. Aku pun dah selamat masuk kelas 4 Ibnu Majjah mengambil science stream as what Kak Sarah Ramora would say it "Welcome to Hell". Haha. I hope I get along with my new classmates since kelas tu mesti berpuak-puak nanti. Aku cemburu sebenarnya bila dapat tahu some of my schoolmates dah study subjek tingkatan 4 dulu. Takpelah, I'd prefer to spend my holidays away from all those books while it lasts. Too bad it already lasted. Esok first day sekolah dan Aku nekad untuk makan Maggi buat kali terakhir. Walaupun esok first day of school, lagak Aku macam budak habis SPM

Banyak benda yang Aku nak capai tahun ni. Kalau nak listkan panjang sangat. Yang penting tahun ni, Aku mesti sentiasa berusaha perbaiki kekurangan Aku. For now, doakan Aku dapat petunjuk sebab hati berbelah bagi nak pindah ke tidak. 


3 Bestari, even if you guys cakap kita takkan berpisah, Aku yakin sedikit demi 
sedikit masa akan memisahkan kita. Takpelah. Biar jauh di mata, asalkan dekat di hati :)

Selamat Jadi Tua Hafiy Radzi! May Allah bless you
Have a great day tomorrow everyone!




Saturday, December 22, 2012

Orang selalu cakap Aku ni . . . -,-'






Assalamualaikum

Hari ini, Aku nak luahkan perasaan tidak puas hati aku dengan apa yang kawan-kawan Aku dah mindset dalam otak mereka tentang AKU. So antara perkataan yang Aku sering mendapat komen ialah


 GANAS, KASAR, KUAT, TOUGH, TABAH, and finally MAK
Yeah, I know! -____- MAK!

Tapi bila difikirkan balik, eloklahkan kalau ganas? Lelaki suka yang sopan-sopan bukan yang ganas macam aku hahaha. Ganas itu mungkin sebab Aku suka sukan extreme. Sebab Aku suka cabar diri Aku untuk cuba benda yang lasak. Atau mungkin sebab dulu Aku ni kaki pukul, tangan ni ada je singgah pipi, bahu, perut orang. Tapi sejujurnya, aku tumbuk lembut je tu, belum yang Aku tumbuk full energy hahah. Atau mungkin sebab Aku tegas. Atau mungkin ada yang takut dengan Aku. Atau mungkin sebab Aku ni memang ganas. Kasar? Hmmm mungkin sebab selalunya Aku jenis reti buat tapi dalam cara yang salah. Atau mungkin sebab Aku ni pembuli. Kuat? Tough? Mungkin sebab kawan-kawan Aku merasai segala duri dan kaca yang Aku pijak satu per satu dalam perjalanan hidup Aku. Tapi, Aku masih mampu berjalan. Cehh, hebat komsas Aina. PMR dah habis pun, sia-sia. 


Daniell Zuhaimi tak percaya Aku boleh lembutkan diri -___-

Farah Arissa's previous blog post

Tapi yang buat Aku rasa macam nak kunci diri dalam bilik, taknak minum air untuk 3 hari supaya Aku mati cepat, yang MAK tu. Mak tu sejak Aku sekolah rendah lagi. Mungkin sebab aku sentiasa bersedia dengan barang-barang 'just-in-case' masa kem ke apa-apalah. Atau mungkin sebab Aku memang layak untuk jadi seorang Ibu :3 Kalau boleh, Aku nak tahu apa lagi perkataan yang kawan-kawan Aku akan mention tentang Aku. Kadang-kadang, kita tak nampak apa yang orang nampak. 

So maybe this is a way of me saying "I'm sorry, I'm still figuring out the pieces of myself, 
can you lend a hand friend?" :')




Friday, December 21, 2012

Best and worst year so far :)





Assalamualaikum

Okay so Rabu lepas haha. Rabu lepas haha -,- Facebook, Twitter semua heboh pasal PMR results. To be honest, muak gila aku haha. Sampai sekolah pagi tu ingatkan dah kecoh semua kecut perut kejang satu badan nak terkencing ambil result. But actually, the school was as silent as a grave. Punyalah kabut keluar rumah ingatkan sampai je tengah ada pengumuman result. Hmm. Jalan-jalan-jalan jumpa Anesa dengan Maam. Aku pulak pantang tak sarapan pagi, jadi Aku dengan Maam pun mengaturkan langkah ke 7Eleven depan sekolah. Masuk sekolah balik, dah ramai orang yang mula memenuhi perkarangan sekolah hijau. Sebaik sahaja Aku dengan Maam nak duduk, Puan Nik panggil. Nak umumkan pelajar yang straight A's, an hour already passed by then :/

Tepat masa aku terpacak tepi luar dewan tu, Puan Nik Karimah dah sebut "Muhammad Haikal. . ." and the list goes on sampailah nama Zakkir. Aku panik. Biasanya lepas nama Zakkir, nama Aku?! Tapi kalau Cikgu skip, takpelahkan :) All of the sudden 

"Aina Farihah bt. Mohd Tarmizee"

Alhamdulillah Ya Allah! Berbaloi Aku miss bebanyak kelas. Berbaloi Aku goreng muka berulang kali dekat padang. Berbaloi Aku tidur dalam kelas. Berbaloi aku berhenti bercinta monyet. Berbaloi Aku terima cemuhan daripada orang yang pandang rendah dekat aku *THIS IS THE MOST PERFECT REVENGE!* Berbaloi Aku tidur masa paper Geografi. Berbaloi Aku pergi lawan Paintball sedangkan next paper Maths dengan KH. Berbaloi Aku usahakan kelemahan Aku. Turun pentas and this was the first thing I said "Aku nak makan" hahah serious tau. Sebenarnya, boleh je Sungai Pusu 50 orang straight A's tapi takpelah, Allah has something better in mind. Sorry Malaysia, tahun ni kurang ramai yang dapat straight A's. Kalau nak ramai orang straight A's buat soalan senang yaa? Tapi untuk next year, buat paper paling susah! Toughest ever!



Whoops, perah otak kering-kering ya adik-adik Form 2 soon to be Form 3. Tahu tak satu Malaysia letak harapan dekat last batch yang nak PMR? Haha So at the end of the day, 24 orang sahaja yang berjaya mendapat straight A's di Sungai Pusu. Turun mendadak, tapi Aku bangga sangat sebab kelas 3 Bestari paling ramai yang Straight A's! You guys, tak sia-sia kita main-main dekat Bukit Tinggi, buat video dengan jamuan bebanyak! Tak sia-sia riang ketawa kita bersama :) Yang pasti takkan ada 4 Bestari, kelas kita lain-lain, sekolah pun mungkin lain-lain. You have no idea how deeply in love I am with my classmates and how much I will miss looking back.

Satu lagi perkara yang buat Aku gembira sangat. Kawan-kawan aku yang dulunya lemah, semuanya cemerlang! Maam, Danial dan mereka yang banyak gila improve. Tahniah Form 3 Sungai Pusu, Bukit Indah and the rest! Moga-moga SPM batch kita paling cemerlang, Amin Ya Rabb

So, bila boleh dapat McD saya Tuan KP? x)