Friday, December 21, 2012

Best and worst year so far :)





Assalamualaikum

Okay so Rabu lepas haha. Rabu lepas haha -,- Facebook, Twitter semua heboh pasal PMR results. To be honest, muak gila aku haha. Sampai sekolah pagi tu ingatkan dah kecoh semua kecut perut kejang satu badan nak terkencing ambil result. But actually, the school was as silent as a grave. Punyalah kabut keluar rumah ingatkan sampai je tengah ada pengumuman result. Hmm. Jalan-jalan-jalan jumpa Anesa dengan Maam. Aku pulak pantang tak sarapan pagi, jadi Aku dengan Maam pun mengaturkan langkah ke 7Eleven depan sekolah. Masuk sekolah balik, dah ramai orang yang mula memenuhi perkarangan sekolah hijau. Sebaik sahaja Aku dengan Maam nak duduk, Puan Nik panggil. Nak umumkan pelajar yang straight A's, an hour already passed by then :/

Tepat masa aku terpacak tepi luar dewan tu, Puan Nik Karimah dah sebut "Muhammad Haikal. . ." and the list goes on sampailah nama Zakkir. Aku panik. Biasanya lepas nama Zakkir, nama Aku?! Tapi kalau Cikgu skip, takpelahkan :) All of the sudden 

"Aina Farihah bt. Mohd Tarmizee"

Alhamdulillah Ya Allah! Berbaloi Aku miss bebanyak kelas. Berbaloi Aku goreng muka berulang kali dekat padang. Berbaloi Aku tidur dalam kelas. Berbaloi aku berhenti bercinta monyet. Berbaloi Aku terima cemuhan daripada orang yang pandang rendah dekat aku *THIS IS THE MOST PERFECT REVENGE!* Berbaloi Aku tidur masa paper Geografi. Berbaloi Aku pergi lawan Paintball sedangkan next paper Maths dengan KH. Berbaloi Aku usahakan kelemahan Aku. Turun pentas and this was the first thing I said "Aku nak makan" hahah serious tau. Sebenarnya, boleh je Sungai Pusu 50 orang straight A's tapi takpelah, Allah has something better in mind. Sorry Malaysia, tahun ni kurang ramai yang dapat straight A's. Kalau nak ramai orang straight A's buat soalan senang yaa? Tapi untuk next year, buat paper paling susah! Toughest ever!



Whoops, perah otak kering-kering ya adik-adik Form 2 soon to be Form 3. Tahu tak satu Malaysia letak harapan dekat last batch yang nak PMR? Haha So at the end of the day, 24 orang sahaja yang berjaya mendapat straight A's di Sungai Pusu. Turun mendadak, tapi Aku bangga sangat sebab kelas 3 Bestari paling ramai yang Straight A's! You guys, tak sia-sia kita main-main dekat Bukit Tinggi, buat video dengan jamuan bebanyak! Tak sia-sia riang ketawa kita bersama :) Yang pasti takkan ada 4 Bestari, kelas kita lain-lain, sekolah pun mungkin lain-lain. You have no idea how deeply in love I am with my classmates and how much I will miss looking back.

Satu lagi perkara yang buat Aku gembira sangat. Kawan-kawan aku yang dulunya lemah, semuanya cemerlang! Maam, Danial dan mereka yang banyak gila improve. Tahniah Form 3 Sungai Pusu, Bukit Indah and the rest! Moga-moga SPM batch kita paling cemerlang, Amin Ya Rabb

So, bila boleh dapat McD saya Tuan KP? x)




4 comments: